Daisypath - Anniversary

Tuesday, 3 March 2015

Rindu

Rindu,
rindu itu hadir buat insan yg punyai hati dan perasaan,
biarpun terhadap kekasih sejati iaitu ALLAH S.W.T,
pada Rasul dan juga pada kaum keluarga.

Namun, rindu di hati ini buat insan yang aku rasai kehadiran nya,
kehadirannya hanya melalui kata2 namun cukup membuat tangkai hatiku ini
berasa debarannya,
di saat hati memlih untuk menunggu ,
hadir insan lain yang ku lihat indah pekertinya,
baik budinya,
tiap patah perkataan nya penuh kelembutan,
senyumannya cukup buat aku tertarik,
cukup buat hati jatuh suka.

AH!
pada mulanya aku ingatkan sekadar permainan syaitan,
tapi tidak melihat senyumannya cukup buat hati ini gundah gelana,
kerana itu sumber kekuatan aku,
sudah berhari-hari kita tidak berselisih,
kau juga sudah lama tidak mengalunkan zikir,
yang tiapkali itu buat hati aku senang,,
tiapkali itu juga cukup buat aku tesenyum sendiri,

Ya Rabb, aku letakkan segala pengharapan kepada KAU, jika aku berpeluang mengenali dia biarpun sebagai rakan dahulu maka permudahkanlah langkah aku untuk menghulurkan kembali salam persahabatan.Tapi jika, tidak hilangkan lah rasa rindu yg mencekam jiwa hingga aku menitiskan airmata kerana kerinduan wajahnya.

Sunday, 1 March 2015

Kerana dia

Ya Allah saat ini aku tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku,
adakah aku sukakan dye kerana nafsu atau kerana sifatnya,
biarlah salam persahabatan itu terhenti sampai di situ ,
aku bersungguh mencari segalanya tentang dia,
namun aku tahu dia bukan lelaki biasa,
mungkin juga hati dia sudah miliki,
izinkan aku melihat dia walaupun dari jauh,

kau lain, sangat lain ,
aku jaga segalanya agar tidak kelihatan seperti aku dambakan kau,
kerna aku tahu kau lelaki yg mahal,
cukuplah sejarah banyak mengajar aku ,
untuk mengenali lelaki.

kenapa baru sekarang aku nampak kau,
sedangkan kau dah lama,
apa betul hati aku sebenanrnye dah berubah,
yang jauh aku dah lupakan,
sedangkan dulu aku yg beria,

Ya Rabb,aku tidak tahu perancanganMu namun sebagai hamba, aku harus redha andainya hati ini sememangnye bukan milik dia, mungkin rancanganMu lebih baik ...

Tuesday, 3 February 2015

3/2/2015


Ya Allah ,
saat ini seluruh jiwa dan jasad ku ingin terusan sujud kepadamu ,
menyampaikan segala keluh kesah kepada engkau ,
bagai mahu putus asa aku meneruskan pengajian 
kerana hatiku kini lemah Ya Allah ..

mengapa berliku sungguh jalan yang telah ku pilih ini ya Allah,
sedangkan yg lain lalui nya dengan mudah,
tapi mengapa tidak aku...
setiapkali terfikirkan tugasku mahu menangis kerna 
takut tidak dapat menyempurnakan dengan baik sekali..

Ya Allah ,
tika ini hati ini begitu rindu terhadap keluarga,
terhadap insan yg di kejauhan..
Apa sebenarnya aturan Mu ya Allah..
kenapa Kau hadirkan insan yg telah lama hilang,
apa sebenarnya yg Kau rencanakan,
maafkan aku jika aku terusan menangis 
kerna aku yakin hanya engkau yg setia mendengar luahan hati ini.

Tiada insan yg mampu menandingi kuasa engkau ,
namun pasti satu saat insan yg aku tunggu akan hadir 
dan hulurkan salam kebahagiaan ,
dan saat itu biarlah yg kekal abadi.

buat insan yg jauh,
doa ku sentiasa mengiring kejayaan mu,
sentiasa di bawah lindungan Allah tuhan yg Maha Besar.
Buat insan yg pernah lukakan hati ini,
tidak mengapalah moga kalian terusan bahagia,
aku terima segalanya dengan penuh keredhaan biarpun
sungguh payah utk aku bangkit kembali,
namun dengan cinta Yang Maha Esa,
DIA terus bantu aku untuk bangkit mencapai kejayaan.

Friday, 30 January 2015

Untukmu Yang Jauh

Untukmu,
Yang jauh di sana,
Terkadang mata ini begitu iri pada hati,
Karena kamu ada dihatiku namun tidak nampak di mataku.

Aku tidak memiliki alasan pasti,
Kenapa sampai saat ini aku masih menunggumu,
Meskipun engkau tidak pernah meminta untuk ditunggu
dan diharapkan.
Hati ini menyakini dan merasa bahawa engkau ada,
meski entah di belahan bumi mana.

Yang aku tahu,
Kelak aku akan menyempurnakan hidupku denganmu 
di sini,
di sisiku,
Maka di saat hatiku telah mengenal fitrahnya,
Aku akan berusaha mencintaimu dengan cara 
yang dicintaiNya.

Sekalipun kita belum pernah bertemu,
tapi mungkin saat ini kita tengan melihat langit yang sama,
sambil tersenyum menatap rembulan yang sama.
Di sanalah,tatpanmu dan tatapanku bertemu.



petikan dari buku tausiyah cinta.

Sunday, 25 January 2015

Perasaan ini..

bismillahirrahmanirahim.

perasaan ini..
hadir tika aku betul hilang punca,
hampir gelap masa depan yg dapat aku lihat,
oleh kerana kepalsuan cinta,..

aku bersyukur ya Allah ,
kau pinjamkan kembali rasa kebahagiaan,
tidak pernah terlintas d benakku ,
KAU akan hadirkan semula insan yg pernah memberi ku senyuman satu ketika dulu,
siapa yg dapat menjanjikan waktu itu,
namun ketentuanMU menepis segala rancangan manusia..

cukuplah hanya mengenalinya sementara, menatap wajahnye dari kejauhan
namun hatiku tetap merasa kebahagiaan itu..
terima kasih kerna engkau aku kembali tersenyum tanpa satu saat aku lupa
yang kau sentiasa ada d jauh sana..

hati jerit rindu , masa kata tunggu ,
segalanya akan berakhir ..
biar ALLAH rencana kan ..

Wednesday, 14 January 2015

2015 :)

Bismillahirrahmanirrahim..

aku mulakan entry tahun nie dengan lafaz kalimah Allah.. tahun 2015 bakal menjadi tahun terakhir aku bergelar pelajar diploma.. ahhh!! pasti aku akan merindui segalanya.. kawan2 , lecturer, romate..
wallahi.. tak sanggup rasanye nak berpisah selepas hampir 2 tahun setengah mencipta kenangan..
namun aku pasti . sesusah mana sepayah mana semua itu aku harus hadapi . kerana Allah telah rancang segalanya .. Insya Allah aku akan terus kuat ..


aku juga berharap tahun nie moga aku dapat baiki hubungan aku dengan Allah.. itu aku utamakan kerna aku tahu Dia yg menentukan segalanya. Aku juga penah dengar , jika hendakkan sebuah keredhaan jaga hubungan dengan Allah .. Insya Allah mudah lah segalanya. Untuk study aku harap aku terus buat yg terbaik demi keluarga yg telah letakkan 100% untuk aku berjaya..
Alhamdulilah aku juga dalam proses penyembuhan hati . biarlah org nak kata aku masih setia menunggu org jauh. namun aku percaya jika aku syg dia kerana Allah,kerna Agamanya insyaAllah mudah lah segalanya.. Namun aku percaya pada ketentuan takdir.. aku boleyh berusaha namun tidak boleh memaksa apatah lagi apabila melibatkan hati.

tahun 2014.. aku lalui banyak dugaan .. kehilangan apa semua namun aku tetap bangkit untuk berjaya. sebab aku percaya aku perlu tahu apa aku nak dan aku harus kejar semua itu.. walaupun banyak yg aku azamkan tak dapat d tunaikan atas sebab2 tertentu tapi tak pelah aku harus mencubanye tahun ini.. insya Allah. moga Allah permudahkan tiap keinginanku ..


Tuesday, 7 January 2014

ceritera

Malam
 .... sikit hari lagi aku bakal masuk ke alam belajar kembali. syukur alhamdulilah aku masih d panjangkan umur untuk mencari ilmu. 

saat ni aku tak tahu kenapa aku teringat kisah silam, yg penuh duri , satu tempoh yg aku tidak sedar aku mampu hadapi.aku takut untuk menceritakan kepada 'dye' sbb aku tak mahu dye judge aku. yes aku tahu aku bukan insan sempurna. apa lagi di bandingkan dengan dirinya yg hampir sempurna. 

silap aku dalam mencari cinta hakiki, khilaf aku memilih jalan yg lurus. tiada siapa memimpin ku kearah yg sebenar. semua jalan yg aku pandang hampir sama. tiada bantuan yg hadir menghulurkan tangan mengajar aku yg mana perit dan suka. kini aku mulai sedar. aku juga berharap jika dye mmg bukan untukku namun aku berterima kasih kerana dgn hadirnya dye mengajar ku erti sebenar ISLAM.

disini aku menceritakan kisahku.. mungkin bukan keseluruhan namun biarlah agar kau ketahui sedikit kehinaan dirini. dalam aku gian mengenali dunia bermacam aku cuba.. bercinta, bergaul tanpa segan silu bersama lelaki , sehingga ting 4 aku mula sedar aku mahu seseorang itu saja.. rupanya hidupku mula serabut dgn kehadiran dye. kerana dye, aku difitnah hampir setahun aku jalani dengan cacian org.. baru aku tahu rakan sendiri rupanya yg memfitnahku kerna lelaki itu. tahun kemudian aku kehilangan arwah dan aku sekali lagi ditikam dari belakang. memang patut kawan laki yg aku kenal sejak form2 x mahu dah berkawan dgn ku kerna sudah rapat dgn rakan yg aku aggap baik. tidak mengapalah aku terima segala ini sebagai ujian hidup. rakan ku juga yg membuat kawan laki ku ini membenciku.. sudah takdir aku..

sebab itu aku amat takut kehilangan kau kerna aku telah alami banyak kehilangan namun tidak sedikit pun aku menunjukkan kesedihan depan keluarga ku mahupun sesiapa.. mungkin tiada siapa menjangka perjalanan hidupku sungguh mencabar. tapi aku tetap kuat.. selepas aku temui kau .. insan yang aku sayang hampir setengah tahun.. mampukan hubungan ini hingga ke peringkat seterusnya?? itu semua kuasa tuhan kan?? kita dua banyakkan berdoa semoga berpanjangan. 

syukur alhamdulilah keputusan ku untuk sem ini bagus dan boleh di pertingkatkan lagi.. aku temui semangat dari kau.. kalau satu hari nanti mmg kita putus d tengah jalan. aku harap kau kuat. aku tahu kau mmg layak dpt wanita yg jauh lebih baik dari aku..

#superS